Monday, 27 February 2017

Kisah di sebalik gambar

Gambar 1

  Gambar 1 ini telah menunjukkan pencemaran air sungai yang berlaku di kawasan perkilangan.  Berdasarkan gambar, kilang-kilang ini telah mengeluarkan sisa-sisa tosik ke dalam sungai.

   Perlakuan ini akan membawa kesan-kesan buruk seperti menjejaskan keseimbangan ekosistem dalam sungai.  Hal ini demikian kerana sisa-sisa toksi ini akan menyebabkan nilai pH sungai jadi rendah.  Kejadian ini akan menyebabkan tumbuhan-tumbuhan di dalam sungai ini mati dan seterusnya menyebabkan haiwan-haiwan di dalam sungai itu pun mati kerana tidak ada oksigen dan makanan.  Selain itu, pencemaran air sungai juga akan menyebabkan penduduk-penduduk di sekitarnya tidak dapat menikmati air yang bersih kerana punca air telah dicemar.  Dari sehari ke sehari, kesihatan penduduk-penduduk juga akan terjejas.

    Berdasarkan pandangan saya, punca utama yang menyebabkan pencemaran air sungai berlaku di kawasan kilang ini ialah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.  Hal ini demikian kerana masalah ini sepatutnya boleh dielakkan dengan membina sebuah kolam pembuangan sisa toksik di sebelah kilang.  Namun begitu, manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab ini tidak membuat sedemikian kerana ingin mengurangkan kos mereka supaya dapat mendapat keuntungan yang lebih banyak.

    Dengan ini, pihak berkuasa haruslah memperkuasakan undang-undang dengan memberi saman kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan supaya kejadian ini tidak berlaku.


Gambar 2

    Gambar ini telah menunjukkan pencemaran udara yang berlaku di suatu tempat.

    Berdasarkan gambar, pencemaran udara yang dihadapi oleh penduduk-penduduk ialah jerebu yang kuat.  Jerebu ini mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan secara terbuka di tempat itu.  Jerebu ini akan membawa beberapa kesan terutamanya menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk.  Jerebu yang kuat akan membawa penyakit seperti sakit tekak, batuk, kesukaran bernafas dan sebagainya. Selain itu, jerebu ini juga akan meningkatkan kadar kemalangan kerana telah mengurangkan jarak penglihatan.  Jerebu juga akan menjejaskan aktiviti harian penduduk.

   Untuk mengurangkan masalah ini, pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan kepada sesiapa yang telah membakar hutan secara terbuka  supaya mereka tidak melaku kesalahan ini.  Selain itu, pihak sekolah juga harusalah mengajar murid-murid sejak kecil supaya mereka memahami perlakuan ini adalah satu perlakuan yang salah. 

Gambar 3

   Gambar 3 menunjukkan satu perlakuan yang tidak beretika iaitu mengitip seseorang.  

   Perlakuan ini merupakan satu perlakuan yang tidak menjaga perasaan orang lain kerana telah menceboroh privasi seseorang.  Selain itu, orang yang diintip akan berasa tidak selera apabila dia menyedar dia telah diintip oleh orang lain.  

   Berdasarkan pandangan saya, orang yang sedang mengintip ini adalah bertunjuan untuk mengetahui rahsiah-rahsiah perniagaan pesaingnya.  Dia mengintip untuk mendapatkan hasil pembincangan mereka supaya merosakkan perancangan yang dibuat oleh mereka.

   Sesetengah pedagang suka mengintip rasiah pesaing mereka untuk mencuri idea-idea atau dokumen penting mereka.  Perlakuan ini telah menyebabkan syarikat itu berkemungkinan mendapat tuntutan mahkamah.   Selain itu, nama syarikat itu juga telah dijejas kerana berita buruk ini telah dipapar oleh media massa.  Dengan ini, setiap orang haruslah mengelak melakukan perlakuan ini terutamanya merek yang menceburi dalam bidang perniagaan walaupun persaingannya sangat kuat.


Gambar 4


    Gambar 4 telah menunjukkan dua keping RM 50 iaitu wang yang diguna dalam Malaysia.

    Wang berfungsi sebagai media pertukaran.  Manusia menukarkan produk dan servis dengan menggunakan wang kerana kegunaan wang dapat melicinkan urusniaga,  Selain itu, wang juga digunakan sebagai penyimpan nilai. Wang juga digunakan sebagai ukuran nilai iaitu barang yang diguna untuk mengukur nilai sesuatu barangan.  Dengan ini, wang adalah amat penting dalam masyarakat ini.

    Kepentingan wang telah menyebabkan pelbagai kes jenayah berlaku seperti perompakan, penipuan, pencurian dan sebagainya.  Kebanyakan kes jenyah ini berlaku adalah disebabkan oleh kegunaan wang.  Mereka membuat kes jenah ini supaya dapat mendapat wang yang lebih banyak untuk menunjuk kekayaan mereka.  Pada masa yang sama, terdapat juga peniaga-peniaga menggunakan cara-cara yang salah untuk menipu pelangan mereka supaya boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak.   Perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh mereka haruslah dielakkan walaupun wang adalah sangat penting.

    Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan wang supaya tidak membawa masalah kepada masyarakat.

Saturday, 25 February 2017

Perbezaan antara seseorang usahawan dan peniaga


Apakah itu usahawan?

Usahawan merupakan individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang straktegik untuk terus berjaya.

Menurut Ricard Cantillon, usahawan merupakan ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan manakala Evans telah merujuk usahawan kepada individu atau kumpulan yang menganggap tugas menentukan jenis-jenis perniagaan dan membuat keputusan mengenai bentuk baangan dan perkhidmatan atau saiz perniagaan serta pasaran tumpuan

Berdasarkan Kamus Webster's New Word, usahawan ialah seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, mengandaikan risiko untuk demi keuntungan.  Hull, Bosley dan Udel (1980) turut melanjutkan definisi usahawan, iaitu  individu-individu yang membeli atau mewarisi pernigaan sedia ada dengan niat dan usaha berterusan untuk meluaskannya.  Meredith, Nelson dan Neck (1982) pula mengatakan bahawa usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.

Antara berikut merupakan ciri-ciri  yang perlu ada oleh seseorang usahawan:
  • inisiatif yang tinggi
  • berani memikul tanggungjawab
  • berani merebut peluang
  • berani menanggung risiko
  • berkeyakinan
  • kreatif dan inovatif
  • belajar dari kesilapan
  • berupaya memimpin
  • berwawasan
  • kawalan diri yang tinggi
  • sanggup berkorban

Thursday, 23 February 2017

Kepentingan keusahawanan

Berikut merupakan kepentingan-kepentingan keusahawanan :



*  Dari sudut pemikiran pengurusan, ianya lebih menjurus kepada sains pengurusan dan proses membuat keputusan.
*  Kemunculan semula bidang keusahawanan kini telah mengambil tempat yang luas dalam asas institusi dan ekonomi.
*  Bank Dunia mula memperkenalkan bidang keusahawanan sebagai satu galakan yang utama bagi ekonomi negara-negara membangun.
*   Sumbangan kepada pendapatan negara.

*   Mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada sumber penciptaan penemuan terbaru, teknologi baru dan inovasi.
*   Menghasilkan model kepada individu bagi memulakan perniagaan sendiri.

Apakah itu keusahawanan ?


Keusahawanan merupakan pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenalpasti idea dan peluang-peluang, pengurusan risiko dan menerusi penggabungan usaha pengurusan kemahiran insan untuk menggerakkan sumber kemanusiaan, kewangan dan bahan untuk mendapatkan keuntungan.

Keusahawanan juga boleh ditakrif sebagai satu proses mewujudkan oraganisasi perniagaaan yang memperkenalkan sesuatu yang baru dari sumber yang ada seperti buruh, bahan mentah dan menjadikan nilai sumber ini lebih tinggi daripada sebelumnya dengan sanggup menanggung risiko dan memperoleh ganjaran daripada usaha tersebut.

Dari pandangan Hisrich dan Peter, keusahawanan merupakan suatu proses penciptaan sesuatu yang
baru ditambah nilai serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang dan kepuasan peribadi dan kebebasan.

Dari definisi-definisi keusahawanan, kita dapat mengetahui beberapa ciri-ciri yang ada dalam definisi keusahawanan. Antaranya ialah:
  • Proses
  • Usahawan
  • Inovasi
  • Wujudkan organisasi
  • Penciptaan nilai
  • Keuntungan
  • Pertumbuhan
  • Keunikan