Keusahawanan merupakan pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenalpasti idea dan peluang-peluang, pengurusan risiko dan menerusi penggabungan usaha pengurusan kemahiran insan untuk menggerakkan sumber kemanusiaan, kewangan dan bahan untuk mendapatkan keuntungan.
Keusahawanan juga boleh ditakrif sebagai satu proses mewujudkan oraganisasi perniagaaan yang memperkenalkan sesuatu yang baru dari sumber yang ada seperti buruh, bahan mentah dan menjadikan nilai sumber ini lebih tinggi daripada sebelumnya dengan sanggup menanggung risiko dan memperoleh ganjaran daripada usaha tersebut.
Dari pandangan Hisrich dan Peter, keusahawanan merupakan suatu proses penciptaan sesuatu yang
baru ditambah nilai serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang dan kepuasan peribadi dan kebebasan.
Dari definisi-definisi keusahawanan, kita dapat mengetahui beberapa ciri-ciri yang ada dalam definisi keusahawanan. Antaranya ialah:
- Proses
- Usahawan
- Inovasi
- Wujudkan organisasi
- Penciptaan nilai
- Keuntungan
- Pertumbuhan
- Keunikan
No comments:
Post a Comment