Gambar 1
Gambar 1 ini telah menunjukkan pencemaran air sungai yang berlaku di kawasan
perkilangan. Berdasarkan gambar,
kilang-kilang ini telah mengeluarkan sisa-sisa tosik ke dalam sungai.
Perlakuan ini akan membawa kesan-kesan buruk seperti menjejaskan keseimbangan ekosistem dalam sungai. Hal ini demikian kerana sisa-sisa toksi ini
akan menyebabkan nilai pH sungai jadi rendah.
Kejadian ini akan menyebabkan tumbuhan-tumbuhan di dalam sungai ini mati
dan seterusnya menyebabkan haiwan-haiwan di dalam sungai itu pun mati kerana
tidak ada oksigen dan makanan. Selain
itu, pencemaran air sungai juga akan menyebabkan penduduk-penduduk di sekitarnya tidak dapat menikmati air yang bersih kerana punca air telah dicemar. Dari sehari ke sehari, kesihatan penduduk-penduduk juga akan terjejas.
Berdasarkan pandangan saya, punca utama yang menyebabkan pencemaran air sungai berlaku di kawasan kilang ini ialah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Hal ini demikian kerana masalah ini sepatutnya boleh dielakkan dengan membina sebuah kolam pembuangan sisa toksik di sebelah kilang. Namun begitu, manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab ini tidak membuat sedemikian kerana ingin mengurangkan kos mereka supaya dapat mendapat keuntungan yang lebih banyak.
Dengan ini, pihak berkuasa haruslah memperkuasakan undang-undang dengan memberi saman kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan supaya kejadian ini tidak berlaku.
Gambar 2
Gambar ini telah menunjukkan pencemaran udara yang berlaku di suatu tempat.
Berdasarkan gambar, pencemaran udara yang dihadapi oleh penduduk-penduduk ialah jerebu yang kuat. Jerebu ini mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan secara terbuka di tempat itu. Jerebu ini akan membawa beberapa kesan terutamanya menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk. Jerebu yang kuat akan membawa penyakit seperti sakit tekak, batuk, kesukaran bernafas dan sebagainya. Selain itu, jerebu ini juga akan meningkatkan kadar kemalangan kerana telah mengurangkan jarak penglihatan. Jerebu juga akan menjejaskan aktiviti harian penduduk.
Untuk mengurangkan masalah ini, pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan kepada sesiapa yang telah membakar hutan secara terbuka supaya mereka tidak melaku kesalahan ini. Selain itu, pihak sekolah juga harusalah mengajar murid-murid sejak kecil supaya mereka memahami perlakuan ini adalah satu perlakuan yang salah.
Gambar 3
Gambar 3 menunjukkan satu perlakuan yang tidak beretika iaitu mengitip seseorang.
Perlakuan ini merupakan satu perlakuan yang tidak menjaga perasaan orang lain kerana telah menceboroh privasi seseorang. Selain itu, orang yang diintip akan berasa tidak selera apabila dia menyedar dia telah diintip oleh orang lain.
Berdasarkan pandangan saya, orang yang sedang mengintip ini adalah bertunjuan untuk mengetahui rahsiah-rahsiah perniagaan pesaingnya. Dia mengintip untuk mendapatkan hasil pembincangan mereka supaya merosakkan perancangan yang dibuat oleh mereka.
Sesetengah pedagang suka mengintip rasiah pesaing mereka untuk mencuri idea-idea atau dokumen penting mereka. Perlakuan ini telah menyebabkan syarikat itu berkemungkinan mendapat tuntutan mahkamah. Selain itu, nama syarikat itu juga telah dijejas kerana berita buruk ini telah dipapar oleh media massa. Dengan ini, setiap orang haruslah mengelak melakukan perlakuan ini terutamanya merek yang menceburi dalam bidang perniagaan walaupun persaingannya sangat kuat.
Gambar 4
Gambar 4 telah menunjukkan dua keping RM 50 iaitu wang yang diguna dalam Malaysia.
Wang berfungsi sebagai media pertukaran. Manusia menukarkan produk dan servis dengan menggunakan wang kerana kegunaan wang dapat melicinkan urusniaga, Selain itu, wang juga digunakan sebagai penyimpan nilai. Wang juga digunakan sebagai ukuran nilai iaitu barang yang diguna untuk mengukur nilai sesuatu barangan. Dengan ini, wang adalah amat penting dalam masyarakat ini.
Kepentingan wang telah menyebabkan pelbagai kes jenayah berlaku seperti perompakan, penipuan, pencurian dan sebagainya. Kebanyakan kes jenyah ini berlaku adalah disebabkan oleh kegunaan wang. Mereka membuat kes jenah ini supaya dapat mendapat wang yang lebih banyak untuk menunjuk kekayaan mereka. Pada masa yang sama, terdapat juga peniaga-peniaga menggunakan cara-cara yang salah untuk menipu pelangan mereka supaya boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak. Perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh mereka haruslah dielakkan walaupun wang adalah sangat penting.
Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan wang supaya tidak membawa masalah kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment