Saturday, 25 February 2017

Apakah itu usahawan?

Usahawan merupakan individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang straktegik untuk terus berjaya.

Menurut Ricard Cantillon, usahawan merupakan ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan manakala Evans telah merujuk usahawan kepada individu atau kumpulan yang menganggap tugas menentukan jenis-jenis perniagaan dan membuat keputusan mengenai bentuk baangan dan perkhidmatan atau saiz perniagaan serta pasaran tumpuan

Berdasarkan Kamus Webster's New Word, usahawan ialah seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, mengandaikan risiko untuk demi keuntungan.  Hull, Bosley dan Udel (1980) turut melanjutkan definisi usahawan, iaitu  individu-individu yang membeli atau mewarisi pernigaan sedia ada dengan niat dan usaha berterusan untuk meluaskannya.  Meredith, Nelson dan Neck (1982) pula mengatakan bahawa usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.

Antara berikut merupakan ciri-ciri  yang perlu ada oleh seseorang usahawan:
  • inisiatif yang tinggi
  • berani memikul tanggungjawab
  • berani merebut peluang
  • berani menanggung risiko
  • berkeyakinan
  • kreatif dan inovatif
  • belajar dari kesilapan
  • berupaya memimpin
  • berwawasan
  • kawalan diri yang tinggi
  • sanggup berkorban

No comments:

Post a Comment